salam...
mengetepikan emosi aku yang sedikit terganggu dengan pemergian seorg bekas senior di sekolah dulu ke rahmatullah..aku teruskan juga niat untuk berkongsi kisah tentang pertemuan seorg ahli sufi dan paderi....kisah ini sebenarnye telah lame aku dengar bahkan kalau diulang bace sekalipun aku pasti tidak akan pernah jemu.....mungkin kerane takjubnye aku pade kebijaksanaan si ahli sufi menjawab soalan2 yang dikemukakan oleh paderi tersebut....minatnye aku pada kisah ini hingga dahulu aku sampai mahu memfotostat buku tasauff sekolah agameku....lama sudah sebenarnye aku mencari kisah ini namun entah kenape baru td terdetik hati mencari kisah ini di internet memandangkan email yang dihantar kakak ku tidak mengandugi soalan yg lengkap kerane dlm email tersebut hanye terdapat 22 soalan walhal yang sebenarnye 50 soalan....sekali taip sahaja aku telah terjumpe dgn cerite yang aku cari2 selame ini....Alhamdulillah...dipermudahkan Allah....
kisah ini aku peroleh dari dari 1 blog friendster yg terlupe hendak aku catatkan name pemiliknye....sengaje aku letakkan soalan2 paderi dan jwpan2 yg diberi ahli sufi itu didlm jadual supaye ia kelihatan same dgn keadaannye di kitab tasawuf yg aku bace dahulu cume yg menbezakannye adelah dalam kitab tersebut ia ditulis dgn tulisan jawi..
cerite ini bermule apabila seorg ahli sufi bernama Abu Yazid Al Bustami dikejutkan oleh mimpi supaya pergi ke gereja Samaan. mimpi itu berulang sebanyak tiga kali lalu dia pun bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu seperti dalam mimpinya itu. kemudian, masuklah Abu Yazid kedalam gereja Samaan tanpa sedikitpun disedari oleh paderi2 yang hadir. dia sama2 menunggu ke tibaan ketua paderi namun setelah datang ketua paderi itu dia tidak dapat bercakap ( berucap)..
lalu ketua paderi itu pun berkata: " ada orang yang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini"
seisi gereja gempar dan mahu org itu dibunuh. ketua paderi itu bagaimana pun menghalang sebaliknya meminta agar org itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya...lalu, bangunlah Abu Yazid tanpa sebarang rasa takut.
lalu ketua paderi itu berkata: " wahai pengikut Muhammad, sy akan mengajukan pertanyaan kepada kamu dan jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu"
jawab Abu yazid: " baiklah.tanyalah pa sahaja yang kamu ingin tanyakan"
lalu ketua paderi itu mengemukan 50 soalan berterusan kepada Abu Yazid dan semuanya dapat di jawab dgn tepat olehnye..
berikut adelah soalan2 yg diberikan oleh paderi kpd Abu Yazid dan jawapannye:
| soalan2 paderi | jawapan ahli sufi |
| | Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya. |
| 2.Yang dua tiada tiganya | Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam. |
| 3.Yang tiga tiada empatnya | Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala. |
| 4.Yang empat tiada limanya | Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. |
| 5.Yang | Islam telah memfardukan solat |
| 6.Yang enam tiada tujuhnya | Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua Kitab-kitab suci juga. |
| 7.Yang tujuh tiada lapannya | Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di |
| 8.Yang lapan tiada sembilannya | Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan |
| 9.Yang sembilan tiada sepuluh | Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi |
| 10.Sepuluh yang sempurna | Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram |
| 11.Yang sebelas . | Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam |
| 12.Yang dua belas | Bilangan bulan dalam setahun. |
| 13.Yang tiga belas | Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab |
| 14.Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga | Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka |
| 15.Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka | Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman |
| 16.Tempat roh dalam badan manusia | Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui |
| 17.Al Zariyati Zarwa | Nama empat macam angin. |
| 18.Al Hamilati Wakra | Awan gemawan di dada langit. |
| 19.Al Jariyati Yusra | Perahu-perahu yang belayar di laut. |
| 20.Al Mukassimati Amra | Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki |
| 21.Yang empat belas | Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan |
| 22.Kubur yang berjalan dengan penghuninya | Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus |
| 23.Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh. | Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh |
| 24.Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi | Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman |
| 25.Empat yang bukan daripada golongan manusia | Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada |
| 26.Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang | Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman |
| 27.Darah yang mula-mula mengalir ke bumi | Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil |
| 28.Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat | Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): |
| 29.Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh | Tongkat Nabi Musa Alaihissalam |
| 30.Wanita yang paling utama. | Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, |
| 31.Gunung yang paling utama | Gunung Tursina |
| 32.Binatang yang paling utama | kuda |
| 33.Bulan yang paling utama | Bulan Ramadhan |
| 34.Malam yang paling utama | Lailatul Qadar |
| 35.Tentang Atta’mah | Hari Kiamat |
| 36.Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, | Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu |
| 37.Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi | Bahtera Nabi Noh Alaihissalam |
| 38.Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi | Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata |
| 39.Nakir, fatil dan kitmir | Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil |
| 40.Sabid dan Labad | Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi |
| 41.Sam dan Ram | Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam. |
| 42.Maksud keldai Makwak | Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: |
| 43.Maksud anjing menyalak | Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni |
| 44.Maksud jeritan kuda. | Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku |
| 45.Maksud jeritan unta | Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi |
| 46.Maksud nyanyian burung Bulbul. | Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi |
| 47.Maksud bunyi katak. | Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di |
| 48.Maksud kata-kata burung Nakus. | Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai |
| 49.Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia | Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): |
| 50.Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam. | Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat |
maka berkata Abu yazid : " saya telah menjawab semua pertanyaan tuan dan sekarang ada lagikah soalan2 yang lain?"
kemudian bertaya pula Abu Yazid kepada mereka semua: " beritahu saya kunci syurga dan neraka langit?"
namun tidak ade seorg pun yang ade di situ dapat menjawab lalu mereka meminta agar ketua paderi itu yang menjawabnya..
berkatelah ketua paderi itu" bukan saya tidak mahu menjawab tapi saya takut kamu semua tidak bersetuju"
mereka kehairanan mendengar kata2 ketua paderi itu namun akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia utk bersetuju serta menerima kata2 ketua paderi itu.
" bahawa kunci syurga dan kunci langit itu tidak lain adelah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH" . jawab ketua paderi itu lagi.
seisi gereja itu tersentak serta terdiam..lalu berkata Abu Yazid:" memang benar kata ketua kamu itu"
semua paderi itu kemudiannya memeluk Islam.
" sahabat2 sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adelah benar. Saya tidak didesak oleh mane2 tekanan. memang sudah lama saya fikirkan utk menyampaikan perkara ini kepada sahabat2 sekalian tetapi sy bimbang sahabat2 tidak akan percaya kepada sy lagi. saya hanya menunggu waktu"
" dari mana tuan mengetahui perkara ini?" tanya salah seorg paderi
" dari ketua sebelum saya" Jelas ketua paderi.
" sebelum ketua itu meninggal dunia, dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar" sambung ketua paderi itu lagi.
" kalau begitu apa lagi yang kita tunggu"
maka, ketua paderi dan pengikut2nya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid..
demikian lah cerita mengenai pertemuan seorg paderi dengan ahli sufi..pasti akan timbul rase takjub pada hati para pembaca tantang kebenaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.......



0 comments:
Post a Comment