BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 11, 2009

~10 pesanan imam hassan al banna~

al shahid imam hassan al banna


salam..
name imam hassan al banna memang sudah tidak asing lagi dalam dunia perjuangan Islam cume aku saje yg seakan baru kini mengenalinye......seorg yg amat berpengaruh dalam dunia Islam...cerite seorg teman tentang 10 pesanan imam hassan al banna menarik aku utk menjelajah seisi ruang internet bagi mengetahuinye.....seronok juga utk same2 dikongsikan di blog yg serbe sederhane....

berikut adelah 10 pesanan imam hassan al banna:

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


same2 la kite menghayati pesanan imam hassan al banna ini...same2 memperbaiki diri kearah generasi Islam yg beriman, beramal dan bertakwa.....amin...

Sunday, May 10, 2009

~Jika aku jatuh cinta~


salam..
jangan terkejut pulak dgn tajuk entry ni...sebenarnye sedang aku dok slongkar i luv islam.com aku ternampak pulak picture ni...sajak yang tertulis kat atas gambar tu yang bt aku tertarik...rate2 itulah sebenarnye harapan ramai wanita muslimah hari ini yang sering terlontar dalam doa mereka setiap kali solat dan tidak terkecuali aku juga sendiri...

~bile paderi bertemu ahli sufi~

salam...
mengetepikan emosi aku yang sedikit terganggu dengan pemergian seorg bekas senior di sekolah dulu ke rahmatullah..aku teruskan juga niat untuk berkongsi kisah tentang pertemuan seorg ahli sufi dan paderi....kisah ini sebenarnye telah lame aku dengar bahkan kalau diulang bace sekalipun aku pasti tidak akan pernah jemu.....mungkin kerane takjubnye aku pade kebijaksanaan si ahli sufi menjawab soalan2 yang dikemukakan oleh paderi tersebut....minatnye aku pada kisah ini hingga dahulu aku sampai mahu memfotostat buku tasauff sekolah agameku....lama sudah sebenarnye aku mencari kisah ini namun entah kenape baru td terdetik hati mencari kisah ini di internet memandangkan email yang dihantar kakak ku tidak mengandugi soalan yg lengkap kerane dlm email tersebut hanye terdapat 22 soalan walhal yang sebenarnye 50 soalan....sekali taip sahaja aku telah terjumpe dgn cerite yang aku cari2 selame ini....Alhamdulillah...dipermudahkan Allah....

kisah ini aku peroleh dari dari 1 blog friendster yg terlupe hendak aku catatkan name pemiliknye....sengaje aku letakkan soalan2 paderi dan jwpan2 yg diberi ahli sufi itu didlm jadual supaye ia kelihatan same dgn keadaannye di kitab tasawuf yg aku bace dahulu cume yg menbezakannye adelah dalam kitab tersebut ia ditulis dgn tulisan jawi..


cerite ini bermule apabila seorg ahli sufi bernama Abu Yazid Al Bustami dikejutkan oleh mimpi supaya pergi ke gereja Samaan. mimpi itu berulang sebanyak tiga kali lalu dia pun bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu seperti dalam mimpinya itu. kemudian, masuklah Abu Yazid kedalam gereja Samaan tanpa sedikitpun disedari oleh paderi2 yang hadir. dia sama2 menunggu ke tibaan ketua paderi namun setelah datang ketua paderi itu dia tidak dapat bercakap ( berucap)..

lalu ketua paderi itu pun berkata: " ada orang yang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini"
seisi gereja gempar dan mahu org itu dibunuh. ketua paderi itu bagaimana pun menghalang sebaliknya meminta agar org itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya...lalu, bangunlah Abu Yazid tanpa sebarang rasa takut.

lalu ketua paderi itu berkata: " wahai pengikut Muhammad, sy akan mengajukan pertanyaan kepada kamu dan jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu"

jawab Abu yazid: " baiklah.tanyalah pa sahaja yang kamu ingin tanyakan"

lalu ketua paderi itu mengemukan 50 soalan berterusan kepada Abu Yazid dan semuanya dapat di jawab dgn tepat olehnye..
berikut adelah soalan2 yg diberikan oleh paderi kpd Abu Yazid dan jawapannye:

soalan2 paderi

jawapan ahli sufi

1.Yang satu tidak ada duanya

Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada
sekutu baginya.
2.Yang dua tiada tiganya Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan
apabila pergi siang datanglah malam.

3.Yang tiga tiada empatnya

Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.
4.Yang empat tiada limanya

Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5.Yang lima tiada enamnya

Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan
Subuh.

6.Yang enam tiada tujuhnya

Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua
tersebut di dalam

Kitab-kitab suci juga.

7.Yang tujuh tiada lapannya

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di
dalam Kitab Suci juga.

8.Yang lapan tiada sembilannya

Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan
di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari
(Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9.Yang sembilan tiada sepuluh

Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi
kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya):
di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak
pernah melakukan yang baik.

10.Sepuluh yang sempurna

Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram
haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang
berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke
negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11.Yang sebelas

.

Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam

12.Yang dua belas

Bilangan bulan dalam setahun.

13.Yang tiga belas

Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab
Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya
tiga belas.

14.Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga

Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka
memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan
serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang
mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15.Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka

Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman
Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak
benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum
itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka
tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai
agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama
yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16.Tempat roh dalam badan manusia

Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui
hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua,
berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17.Al Zariyati Zarwa

Nama empat macam angin.

18.Al Hamilati Wakra

Awan gemawan di dada langit.

19.Al Jariyati Yusra

Perahu-perahu yang belayar di laut.

20.Al Mukassimati Amra

Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki
kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban

21.Yang empat belas

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan
firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh
petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap
perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi,
"kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22.Kubur yang berjalan dengan penghuninya

Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus
Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di
pantai dengan izin Allah Taala.

23.Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.

Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh
apabila ia terlepas.

24.Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi

Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman
Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda

25.Empat yang bukan daripada golongan manusia

Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada
perempuan.Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi
Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya,
untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam

26.Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang
buruk

Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman
Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27.Darah yang mula-mula mengalir ke bumi

Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil

28.Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat

Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya):
sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat

29.Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh

Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30.Wanita yang paling utama.

Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah,
Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran

31.Gunung yang paling utama

Gunung Tursina

32.Binatang yang paling utama

kuda

33.Bulan yang paling utama

Bulan Ramadhan

34.Malam yang paling utama

Lailatul Qadar

35.Tentang Atta’mah

Hari Kiamat

36.Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,
setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi
kegelapan

Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu
bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

37.Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi
tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji

Bahtera Nabi Noh Alaihissalam

38.Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi
sumbernya satu

Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata
masin, air telinga pahit, air hidung
masin dan air mulut tawar

39.Nakir, fatil dan kitmir

Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil
ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti
benih

40.Sabid dan Labad

Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi

41.Sam dan Ram

Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42.Maksud keldai Makwak

Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata:
Allah melaknatnya

43.Maksud anjing menyalak

Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni
neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa

44.Maksud jeritan kuda.

Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku
ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat

45.Maksud jeritan unta

Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi
Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku
menyerahkan diriku.

46.Maksud nyanyian burung Bulbul.

Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi
dan pada waktu petang.

47.Maksud bunyi katak.

Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di
mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48.Maksud kata-kata burung Nakus.

Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai
anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang
menongkat langit?.

49.Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia
bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.

Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya):
dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih

50.Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.

Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat
sulit.

maka berkata Abu yazid : " saya telah menjawab semua pertanyaan tuan dan sekarang ada lagikah soalan2 yang lain?"


" tidak ade lagi" jawab semua ahli pendeta

kemudian bertaya pula Abu Yazid kepada mereka semua: " beritahu saya kunci syurga dan neraka langit?"

namun tidak ade seorg pun yang ade di situ dapat menjawab lalu mereka meminta agar ketua paderi itu yang menjawabnya..

berkatelah ketua paderi itu" bukan saya tidak mahu menjawab tapi saya takut kamu semua tidak bersetuju"

mereka kehairanan mendengar kata2 ketua paderi itu namun akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia utk bersetuju serta menerima kata2 ketua paderi itu.

" bahawa kunci syurga dan kunci langit itu tidak lain adelah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH" . jawab ketua paderi itu lagi.

seisi gereja itu tersentak serta terdiam..lalu berkata Abu Yazid:" memang benar kata ketua kamu itu"

semua paderi itu kemudiannya memeluk Islam.

" sahabat2 sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adelah benar. Saya tidak didesak oleh mane2 tekanan. memang sudah lama saya fikirkan utk menyampaikan perkara ini kepada sahabat2 sekalian tetapi sy bimbang sahabat2 tidak akan percaya kepada sy lagi. saya hanya menunggu waktu"

" dari mana tuan mengetahui perkara ini?" tanya salah seorg paderi
" dari ketua sebelum saya" Jelas ketua paderi.
" sebelum ketua itu meninggal dunia, dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar" sambung ketua paderi itu lagi.
" kalau begitu apa lagi yang kita tunggu"
maka, ketua paderi dan pengikut2nya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid..



demikian lah cerita mengenai pertemuan seorg paderi dengan ahli sufi..pasti akan timbul rase takjub pada hati para pembaca tantang kebenaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.......