BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 11, 2009

~10 pesanan imam hassan al banna~

al shahid imam hassan al banna


salam..
name imam hassan al banna memang sudah tidak asing lagi dalam dunia perjuangan Islam cume aku saje yg seakan baru kini mengenalinye......seorg yg amat berpengaruh dalam dunia Islam...cerite seorg teman tentang 10 pesanan imam hassan al banna menarik aku utk menjelajah seisi ruang internet bagi mengetahuinye.....seronok juga utk same2 dikongsikan di blog yg serbe sederhane....

berikut adelah 10 pesanan imam hassan al banna:

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


same2 la kite menghayati pesanan imam hassan al banna ini...same2 memperbaiki diri kearah generasi Islam yg beriman, beramal dan bertakwa.....amin...

Sunday, May 10, 2009

~Jika aku jatuh cinta~


salam..
jangan terkejut pulak dgn tajuk entry ni...sebenarnye sedang aku dok slongkar i luv islam.com aku ternampak pulak picture ni...sajak yang tertulis kat atas gambar tu yang bt aku tertarik...rate2 itulah sebenarnye harapan ramai wanita muslimah hari ini yang sering terlontar dalam doa mereka setiap kali solat dan tidak terkecuali aku juga sendiri...

~bile paderi bertemu ahli sufi~

salam...
mengetepikan emosi aku yang sedikit terganggu dengan pemergian seorg bekas senior di sekolah dulu ke rahmatullah..aku teruskan juga niat untuk berkongsi kisah tentang pertemuan seorg ahli sufi dan paderi....kisah ini sebenarnye telah lame aku dengar bahkan kalau diulang bace sekalipun aku pasti tidak akan pernah jemu.....mungkin kerane takjubnye aku pade kebijaksanaan si ahli sufi menjawab soalan2 yang dikemukakan oleh paderi tersebut....minatnye aku pada kisah ini hingga dahulu aku sampai mahu memfotostat buku tasauff sekolah agameku....lama sudah sebenarnye aku mencari kisah ini namun entah kenape baru td terdetik hati mencari kisah ini di internet memandangkan email yang dihantar kakak ku tidak mengandugi soalan yg lengkap kerane dlm email tersebut hanye terdapat 22 soalan walhal yang sebenarnye 50 soalan....sekali taip sahaja aku telah terjumpe dgn cerite yang aku cari2 selame ini....Alhamdulillah...dipermudahkan Allah....

kisah ini aku peroleh dari dari 1 blog friendster yg terlupe hendak aku catatkan name pemiliknye....sengaje aku letakkan soalan2 paderi dan jwpan2 yg diberi ahli sufi itu didlm jadual supaye ia kelihatan same dgn keadaannye di kitab tasawuf yg aku bace dahulu cume yg menbezakannye adelah dalam kitab tersebut ia ditulis dgn tulisan jawi..


cerite ini bermule apabila seorg ahli sufi bernama Abu Yazid Al Bustami dikejutkan oleh mimpi supaya pergi ke gereja Samaan. mimpi itu berulang sebanyak tiga kali lalu dia pun bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu seperti dalam mimpinya itu. kemudian, masuklah Abu Yazid kedalam gereja Samaan tanpa sedikitpun disedari oleh paderi2 yang hadir. dia sama2 menunggu ke tibaan ketua paderi namun setelah datang ketua paderi itu dia tidak dapat bercakap ( berucap)..

lalu ketua paderi itu pun berkata: " ada orang yang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini"
seisi gereja gempar dan mahu org itu dibunuh. ketua paderi itu bagaimana pun menghalang sebaliknya meminta agar org itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya...lalu, bangunlah Abu Yazid tanpa sebarang rasa takut.

lalu ketua paderi itu berkata: " wahai pengikut Muhammad, sy akan mengajukan pertanyaan kepada kamu dan jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu"

jawab Abu yazid: " baiklah.tanyalah pa sahaja yang kamu ingin tanyakan"

lalu ketua paderi itu mengemukan 50 soalan berterusan kepada Abu Yazid dan semuanya dapat di jawab dgn tepat olehnye..
berikut adelah soalan2 yg diberikan oleh paderi kpd Abu Yazid dan jawapannye:

soalan2 paderi

jawapan ahli sufi

1.Yang satu tidak ada duanya

Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada
sekutu baginya.
2.Yang dua tiada tiganya Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan
apabila pergi siang datanglah malam.

3.Yang tiga tiada empatnya

Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.
4.Yang empat tiada limanya

Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5.Yang lima tiada enamnya

Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan
Subuh.

6.Yang enam tiada tujuhnya

Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua
tersebut di dalam

Kitab-kitab suci juga.

7.Yang tujuh tiada lapannya

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di
dalam Kitab Suci juga.

8.Yang lapan tiada sembilannya

Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan
di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari
(Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9.Yang sembilan tiada sepuluh

Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi
kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya):
di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak
pernah melakukan yang baik.

10.Sepuluh yang sempurna

Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram
haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang
berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke
negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11.Yang sebelas

.

Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam

12.Yang dua belas

Bilangan bulan dalam setahun.

13.Yang tiga belas

Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab
Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya
tiga belas.

14.Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga

Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka
memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan
serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang
mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15.Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka

Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman
Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak
benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum
itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka
tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai
agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama
yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16.Tempat roh dalam badan manusia

Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui
hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua,
berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17.Al Zariyati Zarwa

Nama empat macam angin.

18.Al Hamilati Wakra

Awan gemawan di dada langit.

19.Al Jariyati Yusra

Perahu-perahu yang belayar di laut.

20.Al Mukassimati Amra

Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki
kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban

21.Yang empat belas

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan
firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh
petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap
perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi,
"kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22.Kubur yang berjalan dengan penghuninya

Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus
Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di
pantai dengan izin Allah Taala.

23.Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.

Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh
apabila ia terlepas.

24.Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi

Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman
Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda

25.Empat yang bukan daripada golongan manusia

Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada
perempuan.Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi
Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya,
untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam

26.Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang
buruk

Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman
Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27.Darah yang mula-mula mengalir ke bumi

Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil

28.Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat

Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya):
sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat

29.Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh

Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30.Wanita yang paling utama.

Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah,
Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran

31.Gunung yang paling utama

Gunung Tursina

32.Binatang yang paling utama

kuda

33.Bulan yang paling utama

Bulan Ramadhan

34.Malam yang paling utama

Lailatul Qadar

35.Tentang Atta’mah

Hari Kiamat

36.Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,
setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi
kegelapan

Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu
bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

37.Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi
tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji

Bahtera Nabi Noh Alaihissalam

38.Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi
sumbernya satu

Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata
masin, air telinga pahit, air hidung
masin dan air mulut tawar

39.Nakir, fatil dan kitmir

Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil
ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti
benih

40.Sabid dan Labad

Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi

41.Sam dan Ram

Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42.Maksud keldai Makwak

Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata:
Allah melaknatnya

43.Maksud anjing menyalak

Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni
neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa

44.Maksud jeritan kuda.

Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku
ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat

45.Maksud jeritan unta

Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi
Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku
menyerahkan diriku.

46.Maksud nyanyian burung Bulbul.

Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi
dan pada waktu petang.

47.Maksud bunyi katak.

Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di
mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48.Maksud kata-kata burung Nakus.

Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai
anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang
menongkat langit?.

49.Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia
bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.

Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya):
dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih

50.Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.

Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat
sulit.

maka berkata Abu yazid : " saya telah menjawab semua pertanyaan tuan dan sekarang ada lagikah soalan2 yang lain?"


" tidak ade lagi" jawab semua ahli pendeta

kemudian bertaya pula Abu Yazid kepada mereka semua: " beritahu saya kunci syurga dan neraka langit?"

namun tidak ade seorg pun yang ade di situ dapat menjawab lalu mereka meminta agar ketua paderi itu yang menjawabnya..

berkatelah ketua paderi itu" bukan saya tidak mahu menjawab tapi saya takut kamu semua tidak bersetuju"

mereka kehairanan mendengar kata2 ketua paderi itu namun akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia utk bersetuju serta menerima kata2 ketua paderi itu.

" bahawa kunci syurga dan kunci langit itu tidak lain adelah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH" . jawab ketua paderi itu lagi.

seisi gereja itu tersentak serta terdiam..lalu berkata Abu Yazid:" memang benar kata ketua kamu itu"

semua paderi itu kemudiannya memeluk Islam.

" sahabat2 sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adelah benar. Saya tidak didesak oleh mane2 tekanan. memang sudah lama saya fikirkan utk menyampaikan perkara ini kepada sahabat2 sekalian tetapi sy bimbang sahabat2 tidak akan percaya kepada sy lagi. saya hanya menunggu waktu"

" dari mana tuan mengetahui perkara ini?" tanya salah seorg paderi
" dari ketua sebelum saya" Jelas ketua paderi.
" sebelum ketua itu meninggal dunia, dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar" sambung ketua paderi itu lagi.
" kalau begitu apa lagi yang kita tunggu"
maka, ketua paderi dan pengikut2nya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid..



demikian lah cerita mengenai pertemuan seorg paderi dengan ahli sufi..pasti akan timbul rase takjub pada hati para pembaca tantang kebenaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.......

Wednesday, April 29, 2009

Pasrah Segalanya


Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)



entah kenape aku jth cinta dengan lagu ni...
dengar je lirik dia, aku rase mcm diberikan kekuatan tersendiri..
hati cukup tenang bile setiap kali mengingati hadirnya rahmat pencipta pade setiap dengup jantung ini...
hati juga tidak henti mengucap syukur pada hikmah hidup yg diberikan oleh Allah kepada aku..
benar Islam itu agama yang sangat dekat di hati...aku akui aku bukanlah hambaNya yang cukup baik dan aku benar2 berharap agar setiap helaan nafas ini aku akan sentiasa mengingatiNya...

"Ya Allah, dekatkanlah hati ini kepadaMu, usah engkau uji aku dengan ujian yang tidak terdaya aku tanggung dan jangan sekali Kau pesongkan hati ini dariM.
sesungguhnya biarlah aku menangis kerana mengingati dosaku kepada mu, bukan kerana lukanya aku pada godaan duniaMu.
Ya Allah, andai hati ini kecewa, biarlah ia kecewa kerana gagalnya aku menjadi hambaMu yang cukup mentaatiMu.."

aku dan kuliah cinta illahi

salam..
agak lame tak menulis di blog kuliah cinta illahi ini...
bukan kerane a cup of lemon tea tu lebih bersifat hiburan dan ringan tapi cume kebelakangan ini aku masih memikirkan motivasi rohani ape yang ingin dimuatkan di blog ni..biarlah dunia dan akhirat itu dibahagi dengan adil dan sekata....takpe, mengenal islam itu biarlah bertatih agar 1 waktu nanti kite tidak jahil tentangnye...
baru-baru ini aku berase sgt ingin tahu tentang pandang islam terhadap firasat....
apakah sebenarnye firasat???dan sejauh mane kebenarannye??
daripada 1 webside iaitu islam dan kehidupan aku ingin berkongsi ilmu dgn para pembace

menurut website itu firasat itu jika kita kaji dengan teliti, ternyata terdapat di dalam ajaran Islam. Dalilnya adalah beberapa ayat Al Qur’an yang menyentuh masalah firasat tersebut, di antaranya adalah firman Allah:

إن في ذلك لآيات للمتوسمين

Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “ (QS Al Hijr: 75).

Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.

firman Allah:

ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم

Sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“ (QS Muhammad: 30).

Allah juga berfirman :

يحسبهم الجاهل أغنياء من التعفف تعرفهم بسيماهم

Orang – orang yang bodoh menyangka mereka adalah orang kaya, karena mereka memelihara diri dari meminta- minta, kamu mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“ (QS Al Baqarah: 273).



sebenarnye terdapat banyak beberape kisah yang menunjukkan tentang kebenaran firasat ini jd, korang boleh la bace lanjut di website ini http://ahmadzain.com...

Wednesday, February 25, 2009

Islam dan Perubatan...


sebagai seorang pelajar perubatan muslim semestinya aku tertarik dengan tajuk karya harun yahya "keajaiban al-quran" yang mengupas tentang isi kandungan al-quran berkaitan dengan biology dan kejadian manusia. sama seperti yang aku pelajari di sekolah perubatan tentang kejadian penciptaan manusia ia tambah menarik apabila kejadian itudihubungkaitkan dengan beberapa ayat yang terkandung di dalam al-quran...cthnya seperti ayat

"Apakah manusia mengira akan dibiarkan tak terurus? Bukankah ia hanya setitik mani yang dipancarkan?" (Al Qur'an, 75:36-37)

"Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita, dari air mani, apabila dipancarkan." (Al Qur'an, 53:45-46)

ternyata sebenarnya ia membuktikan tentang kebenaran ajaran Muhammad dan al-quran sebagai mukjizat agung illahi kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. orang kafir sering sahaja dengan mudah menuduh bahawa Rasulurllah itu mecipta/mereka al-Quran padahal org2 kafir itu sendiri hakikatnya mengetahui tentang kebenarannya namun mereka ego.ingkar dan bersifat sombong.
dan bersesuaianlah ayat al quran dari surah al baqarah ini menyebut
" sesungguhnya org-org kafir (yang tidak akan beriman, sama sahaja kepada mereka: samaada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman" baqarah-6

Saturday, February 21, 2009

cultural nite borneo medfes

penat dan keletihan...itu yang dapat aku simpulkan..jam sudah menunjukkan ke angka 11.15 mlm dan aku baru saja pulang dari resital hall sempena cultural nite borneo medical festival.....empat universiti hadir sempena festival ini yang dianjurkan untuk kali kedua kalinya oleh ( dram roll please) sekolah perubatan Universiti Malaysia Sabah...uitm, usm, monash university dan upm. memang cukup memenatkan kerana sejak pagi aku dan kwn2 juga senior sudah berkumpul di menara berkembar ums( apalagi kalau bukan canselori) untuk majlis perasmian....dihati tertanya juga kenapalah buat jauh-jauh sampai ke bangunan canselori tu...tapi demi takut kene marah dan kesiankan senior aku langkahkan juga kakiku yang berat ini...(berat ke..???)..mungkin...hehehe :)..persembahan malam ini memang agak menarik...koliberasi setiap jurusan di sekolah perubatan...medical student dengan tarian murut ( syok habis) and band rock, nursing dgn tarian sumazau dan nyayian lagu etnik, dan medical lab technology dengan drama muzikal penuh keinsafan tapi sedikit berani mesti aku tahu itu adalah hakikat hidup remaja hari ini....hidup penuh dgn keseronokan tanpa kenal dosa dan pahala, tanpa kenal halal dan haram dan tanpa kenal batas perhubungan...

pulang dari resital, aku singgah di cafe cd, mengisi kredit telefon murahku yang entah tinggal berapa agak....bayangkan jam sudah 10.30 mlm tapi masih lagi ada beberapa pasangan yang rancak bercerite yang entah apa pengisiannya sedangkan makanan dan air di cawan sudah lama habis...bukan ingin bersikap jaga tepi kain tapi sebagai muslim terhiris rasa hati melihat pasangan2 kekasih itu semuanya seagama dan bersaudara denganku....disaat org lain mungkin sedang sibuk mentelaah pelajaran atau aku sendiri pada waktu itu mungkin berkira2 untuk tidur mereka masih disitu.... menatap wajah kekasih tercinta dan berbual mesra...memang sebenarnya indah hidup begitu tapi kalau benar cinta mengapa ia tidak diungkap dengan satu lafaz yang menghalakan perhubungan antara lelaki dan perempuan iaitu nikah..???
kalau benar cinta mengapa tidak dibawa wanita yang dicintai untuk sama2 ke syurga....???bukan syurga dunia tapi syurga yang kekal abadi penghuninya...
cinta yang hakiki dan abadi....
kalau benar cinta kenapa perlu di heret dia yang dicinta pada neraka kehancuran???
fikirkanlah....wahai insan yang bergelar khalifah diatas muka bumi Allah ini....

Friday, February 20, 2009

syukur

Assalamuaikum....

sekadar berkongsi pengalaman perjalanan ku bertemu keluarga angkat di kudat...
tidak pernah terlintas dibenakku punya keluarga selain keluarga kandungku di semenanjung.
gementar rasanya tatkala diberitahu keluarga angkat ku nanti berbangsa sino-rungus...
sebagai seorang Muslim pasti ada rase bimbang yang bertandang di hati lantaran perbezaan agama antara aku dan keluarga angkatku....fahamkah mereka tentang agama anutan ku yang nyata berbeza dari mereka....mereka menganut agama kristian bermazhab protesten....yang langsung aku tidak ketahui tentang pegangannya...kali pertama bertandang ke rumah mereka....aku cukup gementar...mana tidaknya awal-awal sampai sudah disambut dengan beberapa ekor anjing di muka pintu...mujur ada kenneth....kalau tak habis semuanya terpaksa di samak....hehehe.

ketika di jemput masuk.....rasa syukur mula menyelinap di setiap penjuru hatiku..syukur pada hidup yang aku miliki..rumah yang kecil, 1 bilik untuk didiami oleh 8-10 org...kuanggap pasti menimbulkan rasa tidak selesa penghuninya....pasti saban malam mereka akan berasak sama2 tidur berlantaikan simen tanpa tilam yang empuk seperti mana aku miliki di kolej kediaman cd atau rumahku disemenajung...memang benar kata org kita akan hanya mengenal erti syukur bila melihat kehidupan orang yang lebih susah dari kita....benar....hidup ini perlu disulami dgn rasa syukur agar kita lebih mengasihi Illahi dan mensyukuri hikmah penciptaan...

ingat aku pada satu ayat al-quran di saat Allah mahu menjadi khalifah di atas muka bumi ini..malaikat bertanya....ya Allah, kenapa kau ingin menjadikan org yang membuat kerosakkan dan menumpahkan darah...sedang kami ini sentiasa memuji dan bertasbih menyucikan namaMu???maka Allah berfirman "sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui"...subahanaALLAH..besar sungguh kasih sayang Allah kepada kita manusia..
"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu. kerana jgnlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui.(22, al-baqarah)..

Jelas, Allah amat menyayangi kita hamba-hambanya hatta dalam solat itu sendiri dan jika kita perhatikan solat yang dituntut Allah sebagai satu menifestasi penghambaan diri kita kepadaNya
memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat dari pelbagai aspek khususnya kesihatan....baru-baru ini sainstis mendapati bahawa di dalam otak terdapat satu bahagian yang mana darah hanya dapat sampai ke bahagian itu pada waktu sujud dalam hela waktu tertentu....nyata Dia lebih mengetahui kan setiap sesuatu...

Palestin terus menangis

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


jiwa bagai dirobek dan hati hingga segenap nyawa bagai direntap tatkala melihat nasib anak-anak kecil palestin yang mati pada hujung senapang-senapang, kereta-kereta kebal dan peluru berpandu milik Israel.....
terkadang hati tertanya layakkah mereka ini digelar manusia kerena mereka dengan mudah tanpa kenal erti kemanusiaan meragut nyawa anak-anak kecil tidak berdosa ini....???
bernafsu binatangkah mereka ini hingga tidak ada sekelumit belas didasar hati mereka???
layakkah untuk mereka menghuni bumi ciptaan Illahi ini...??
namun aku sedar itu ketentuan Illahi.....mereka satu bangsa yang dilaknati...

ingat aku tatkala menyaksikan video tentang Palestin, air mata ini bagai hujan turun tanpa henti namun jauh didasar hati aku, aku kagumi pada semangat juang anak2 Palestin...
mereka tabah bahkan saban hari hatta setiap saat berjuang untuk Palestin....
langsung dihati mereka hanya ada Palestin.....hidup dan mati hanya untuk Palestin...
sukar rasanya untuk aku meletakkan diri ku setabah mereka, memang mereka sudah di takdirkan illahi untuk berjuang sebagai rakyat Palestin......