BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 29, 2009

Pasrah Segalanya


Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)



entah kenape aku jth cinta dengan lagu ni...
dengar je lirik dia, aku rase mcm diberikan kekuatan tersendiri..
hati cukup tenang bile setiap kali mengingati hadirnya rahmat pencipta pade setiap dengup jantung ini...
hati juga tidak henti mengucap syukur pada hikmah hidup yg diberikan oleh Allah kepada aku..
benar Islam itu agama yang sangat dekat di hati...aku akui aku bukanlah hambaNya yang cukup baik dan aku benar2 berharap agar setiap helaan nafas ini aku akan sentiasa mengingatiNya...

"Ya Allah, dekatkanlah hati ini kepadaMu, usah engkau uji aku dengan ujian yang tidak terdaya aku tanggung dan jangan sekali Kau pesongkan hati ini dariM.
sesungguhnya biarlah aku menangis kerana mengingati dosaku kepada mu, bukan kerana lukanya aku pada godaan duniaMu.
Ya Allah, andai hati ini kecewa, biarlah ia kecewa kerana gagalnya aku menjadi hambaMu yang cukup mentaatiMu.."

0 comments: